Sunday, February 28, 2010

LEARNING OUTCOME 3

ANALYZE INFORMATION CONCERNING THE SYSTEMATIC INSTRUCTION OF CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS AT THE PRIMARY LEVEL

http://www.newhorizons.org/spneeds/inclusion/information/schwartz2.htm



INCLUDING CHILDREN WITH AUTISM IN INCLUSIVE PRESCHOOLS : STRATEGIES THAT WORK

Laman web ini menerangkan tentang maklumat yang harus diambilkira dalam memberi arahan kepada kanak-kanak istimewa terutamanya kanak-kanak Autisme. Aktiviti bilik darjah merupakan satu situasi yang memberi hubungan dinamik di antara kanak-kanak dan pesekitaran, berfokuskan keluarga dan pendekatan kepada perkembangan sikap terhadap arahan dan kurikulum.
Antara strategi yang dicadangkan adalah bagaimana untuk mengajar kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Apabila kanak-kanak Autisme belajar bagaimana untuk berkomunikasi dalam konteks bersosial, mereka boleh mula mengawal persekitaran dan membina hubungan positif dengan orang lain.

Guru juga perlu menggunakan strategi arahan yang boleh membantu aktiviti bilik darjah iaitu dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran termasuklah 'mend-model procedure', 'incidental teaching', 'interrupted routine' dan 'behavior chain'. Kesemua strategi ini memenuhi keperluan di sekolah kerana ianya direka untuk aktiviti berterusan yang menyeronokkan pelajar. Sewaktu menjalankan pengajaran juga, guru harus membina komuniti bilik darjah yang melibatkan kesemua pelajar secara proaktif dan sistematik. Guru perlu merancang aktiviti yang melibatkan pelajar dan galakkan mereka terlibat. Selain dari itu, guru juga harus mengajar kemahiran umum dan penyenggaraan, iaitu mengajar pelajar kemahiran yang berguna dalam kehidupan seharian mereka. Ini bagi memastikan mereka boleh berdikari kelak.

Thursday, February 25, 2010

LEARNING OUTCOME 2

EXPLORE THE IMPACT OF DISABILIES ON THE CHILDREN, THEIR FAMILIES, ON THEIR FUTURE

http://family.jrank.org/pages/396/Disabilities-Impact-Disabilities-on-Families.html


Disabilities : Impact Of Disabilities On Families

Laman web ini menghuraikan tentang kesan 'disability' terhadap keluarga di mana ianya banyak memberi cabaran kepada sistem keluarga termasuklah bebanan kewangan dan tekanan terhadap ahli keluarga. Cabaran dari segi kewangan termasuklah kos perjalanan, ubata-ubatan, perkhidmatan sosial, perjalanan, pendidikan, kos alatan dan lain-lain lagi. Masalah yang dihadapi sedikit sebanyak memberi tekanan emosi kepada keluarga termasuklah kebimbangan, kesedihan, kemarahan, perasaan malu, memikirkan masa depan dan sebagainya.

Adakalanya disebabkan masalah yang dihadapi, ianya mengubah kerjaya di dalam sesebuah keluarga. Ini adalah kerana tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan anak kurang upaya. Isteri yang mempunyai kerjaya sendiri akhirnya terpaksa berhenti kerja. Ini akan menyebabkan pendapatan keluarga berkurangan, akhirnya menghadapi masalah kewangan pula. Kadang kala terdapat juga perbalahan atau ketegangan di dalam sesebuah rumahtangga kerana ada di antara ahli keluarga yang tidak mahu bersama-sama bertanggungjawab menjaga anak kurang upaya. Pembahagian masa, tenaga, kewangan dan aktiviti bersosial terganggu.

Terdapat juga kawan-kawan, jiran-jiran dan orang di sekeliling yang memberi reaksi negatif seperti mengelak, memandang serong terhadap keluarga tersebut. Ini sedidit sebanyak memberi tekanan kepada mereka. Secara keseluruhannya, bebanan yang ditanggung memberi kesan kepada kesihatan dan fungsi bagi setiap ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, tidak semua masalah 'disability' hanya membawa kepada perkara yang negatif sahaja. Ada kalanya ia membawa kepada perkaran yang lebih positif. Kerjasama sesama ahli keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kekeluargaan di mana hubungan akan menjadi lebih rapat, lebih menerima yang lain, mempunyai ramai kawan baru, akan lebih bersyukur dan sebagainya.

Saturday, February 20, 2010

LEARNING OUTCOME 1

ANALYZE THE EDUCATIONAL, SOCIAL AND DEVELOPMENT PATTERNS OF THE CHILD WITH SPECIAL NEEDS

http://specialchildren.about.com/od/gettingadiagnosis/p/whatare.htm


What Are “Special Needs”?

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang oleh guru. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses pebelajaran berlaku ke atas mereka. Kanak-Kanak Istimewa merupakan golongan pelajar istimewa yang cacat penglihatan, cacat pendengaran mempunyai masalah pembelajaran (learning difficulties) . Mereka ini layak mendapat pendidikan khas.

Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak istimewa ialah mereka merasa rendah diri, tidak memberi respon terhadap komunikasi lisan, tidak gembira, mengalami gangguan emosi, terlalu malu, tiada motivasi dan banyak lagi yang negatif. Dari segi berinteraksi, mereka ini tidak aktif tidak cuba mempengaruhi kawan. Di samping itu, mereka juga tidak gemar bermain dengan kawan dan sering menolak ajakan kawan. Mereka juga lambat dari segi perkembangan seperti lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, payah mengenal bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.

Kanak-kanak golongan ini sebenarnya adalah berpotensi dan andainya mereka dididik dengan pendekatan yang bersesuaian, mereka boleh mencapai tahap yang lebih baik. Pendekatan itu haruslah yang bersesuaian dengan perkembangan diri, kebolehan, bakat, minat dan latar belakang murid tersebut.