Wednesday, March 10, 2010

LEARNING OUTCOME 5

ANALYZE NEW DEVELOPMENT IN TEACHING MATHEMATICS TO DYSLEXIC AND DYSCALCULIA PUPILS

http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.htm



Multisensory Techniques -Make Mulsensory Teaching Materials

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, setiap murid mempunyai tahap, keupayaan serta kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor tertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedah yang membolehkan proses pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan pengajaran di sekolah adalah menggunakan sama ada deria penglihatan atau pendengaran semata-mata. Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya suatu pengalaman yang amat sukar untuk memahami konsep matematik.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya terhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali sebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods). Kajian daripada The National Institute of Child Health and Human Development menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih daripada satu deria. Kaedah ini dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau kesemua deria untuk :
(a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;
(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah sedia ketahui dan
fahami;
(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah;
(d) ‘tap into non-verbal reasoning skill’;
(e) memahami perhubungan di antara konsep;
(f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan datang.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan konsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya.
Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan visual adalah poster, model, computer, filem, video, “multi-image media”, penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang sesuai.

Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang “verbal reasoning”. Contoh penggunaan bahan audio adalah pembaca teks berkomputer (computerized text readers), video, filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai.

Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang dinamakan “tactile method”. Dalam kaedah ini guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran matematik seperti mengira, melakukan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti menggunting dan menampal keratan-keratan.

Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar. Permainan komputer seperti Solitaire juga membantu murid melakukan penyusunan bersiri.

1 comment:

  1. Very nice blog, thanks for this post and I have some special things for you. If you are finding something to relax, free online fighting games; online battle games will be my best recommendation for you. Let’s play and get more deep relaxation!
    Beside, you can try winnie the pooh games online . Now, you can completely play this addicting fun game on your mobile. Have fun!!!!

    ReplyDelete