Thursday, February 25, 2010

LEARNING OUTCOME 2

EXPLORE THE IMPACT OF DISABILIES ON THE CHILDREN, THEIR FAMILIES, ON THEIR FUTURE

http://family.jrank.org/pages/396/Disabilities-Impact-Disabilities-on-Families.html


Disabilities : Impact Of Disabilities On Families

Laman web ini menghuraikan tentang kesan 'disability' terhadap keluarga di mana ianya banyak memberi cabaran kepada sistem keluarga termasuklah bebanan kewangan dan tekanan terhadap ahli keluarga. Cabaran dari segi kewangan termasuklah kos perjalanan, ubata-ubatan, perkhidmatan sosial, perjalanan, pendidikan, kos alatan dan lain-lain lagi. Masalah yang dihadapi sedikit sebanyak memberi tekanan emosi kepada keluarga termasuklah kebimbangan, kesedihan, kemarahan, perasaan malu, memikirkan masa depan dan sebagainya.

Adakalanya disebabkan masalah yang dihadapi, ianya mengubah kerjaya di dalam sesebuah keluarga. Ini adalah kerana tanggungjawab yang besar dalam menjaga kebajikan anak kurang upaya. Isteri yang mempunyai kerjaya sendiri akhirnya terpaksa berhenti kerja. Ini akan menyebabkan pendapatan keluarga berkurangan, akhirnya menghadapi masalah kewangan pula. Kadang kala terdapat juga perbalahan atau ketegangan di dalam sesebuah rumahtangga kerana ada di antara ahli keluarga yang tidak mahu bersama-sama bertanggungjawab menjaga anak kurang upaya. Pembahagian masa, tenaga, kewangan dan aktiviti bersosial terganggu.

Terdapat juga kawan-kawan, jiran-jiran dan orang di sekeliling yang memberi reaksi negatif seperti mengelak, memandang serong terhadap keluarga tersebut. Ini sedidit sebanyak memberi tekanan kepada mereka. Secara keseluruhannya, bebanan yang ditanggung memberi kesan kepada kesihatan dan fungsi bagi setiap ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, tidak semua masalah 'disability' hanya membawa kepada perkara yang negatif sahaja. Ada kalanya ia membawa kepada perkaran yang lebih positif. Kerjasama sesama ahli keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kekeluargaan di mana hubungan akan menjadi lebih rapat, lebih menerima yang lain, mempunyai ramai kawan baru, akan lebih bersyukur dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment